Faktor Dalaman
1. Sikap diri yang tertutup dengan orang lain
Perasaan atau sikap yang tertutup dengan orang lain sering kali menjadikan seseorang lebih suka menyendiri. Biasanya dengan sikap begini, orang jenis pendiam gemar suasana yang sunyi atau tidak suka keramaian.
2. Ragu2 atau sangsi
Tidak pandai membuat keputusan dan tidak mahu membuat keputusan yang salah, tidak berani mengambil risiko. Biasanya akan berlaku sewaktu dalam pemilihan barang2 atau perkara yang melibatkan perhubungan.
3. Perasaan malu yang tinggi
Perasaan malu merupakan sifat yang baik dan terpuji kerana boleh menjaga maruah dengan baik. Tetapi jika sifat malu ini sangat melampau, boleh menyebabkan seseorang itu tidak ada kemajuan dan sentiasa ketinggalan dalam setiap aspek.
4. Sikap 'ignore' atau tidak ambil kisah
Sikap ini seperti orang pekak dan tiada beza dengan orang pendiam. Tidak mengambil kisah tentang setiap persekitaran yang berlaku. Jika ditanya apa perkembangan tentang persekitaran mungkin acuh tak acuh dijawabnya.
5. Sentiasa terbatas
Mungkin sikap ini terdidik daripada kecil lagi oleh ibu bapanya yang sering mengongkongnya atau apa pun tak boleh buat. Jadi, dia telah di didik untuk tidak bergaul dengan orang lain atau tidak akan membuat sesuatu tanpa di suruh.
6. Menganggap diam adalah sikap terbaik
Mungkin dia menganggap diam adalah sikap yang terbaik untuk menghindari daripada masalah dan tidak menyusahkan orang lain.
Faktor Luaran
1. Sikap yang di didik daripada kecil lagi oleh keluarganya
2. Tidak dipedulikan oleh orang di sekelilingnya
3. Kegagalan
Kelebihan orang pendiam
1. Lebih mendengar daripada bercakap
Kurang berlaku perselisihan faham dan menyenangkan setiap orang kerana sifatnya yang suka mendengar dari bercakap.
2. Biasa lebih pandai dalam hal pelajaran
Kerana dia lebih menumpukan atau fokus pada pelajaran lebih daripada orang yang jenis peramah tetapi boleh kurang pandai jika dia study dengan cara betul.
3. Penyabar
Mereka tidak membuat keputusan secara terburu2 dan mengambil tindakan dengan cepat.
Mereka lebih sabar dan memilih untuk bertenang untuk membuat keputusan yang kadang kala adalah logik dan tepat.
4. Tidak sombong
Kerana walaupun dia sering dipuji namun, dia masih adalah dirinya.
5. Lebih rajin
Mungkin disebabkan faktor pendiam dan kurang bercakap atau tiada aktiviti lain menyebabkan dia boleh membuat kerja yang berguna seperti aktiviti kerja rumah, bergotong royong dan sebagainya.
6. Lebih mudah menerima perkara sebenar
Cenderung memilih perkara positif dan tidak menentang atau bercakap perkara yang bercanggah daripada fakta.
7. Lebih mudah menghargai orang lain
Kerana jika dia menerima setiap pemberian orang lain, dia akan hargai barang itu dan menjaga nya dengan baik atau jika dia mengdengar setiap luahan orang itu akan disimpan rahsia sampai bila2.
8. Menghargai erti persahabatan
Kebanyakan jenis pendiam lebih suka menolong orang lain dan kawan2 nya akan merujuk pada dirinya.
9. Mempunyai kesenian yang tinggi
Kerana dia jenis penyabar dan idea nya sentiasa datang dalam imaginasi yang tinggi kadangkala jenis pendiam mempunyai bakat kesenian yang tinggi.
Cara Mengatasi Dengan Orang Pendiam
1.Menjadi pendengar yang baik
Sudah menjadi kebiasaan, orang yang sedang bercakap inginkan perhatian, lebih2 lagi masalah yang berkaitan dengan keluarga. Malangnya, isteri tidak memberi sepenuh perhatian dengan apa yang dikatakan oleh suaminya.
Kadang2 dia sedang berbual, pasangannya pula sibuk memperkatakan tentang perkara lain. Mungkin juga leka dengan melakukan perbuatan lain sampai mengendahkan si dia. Oleh itu jadi pendengar yang baik dan sama2 berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah.
2. Tidak menyampuk
Sudah menjadi amalan dan tabiat kaum wanita iaitu suka menyampuk perbualan suami dan teman2 nya sendiri. Tabiat tersebut sudah menjadi perkara kebiasaan bagi wanita dan sukar untuk dihindari. Begitu juga, apabila suami belum habis bercakap, percakapannya akan terhenti apabila isteri menyampuk dan membawa kepada tajuk perbualan yang tidak kena mengena dengan apa yang dibualkan oleh suami. Lama-kelamaan, perkara ini menjadikan suami bosan untuk meneruskan perbualan yang terganggu walaupun ia melibatkan masalah keluarga dan rumahtangga.
3. Memberi perhatian
Adakalanya, ketika suami berbual dengan isteri, apa yang dituturkan oleh suami tidak mendapat perhatian daripada isteri. Isteri tidak mendengar dengan serius malah mungkin dia memikirkan tentang masalah lain.
4. Menjaga rahsia
Pada umumnya, sesetengah wanita tidak suka menyimpan rahsia dan suka menceritakannya kepada orang lain, lebih2 lagi jika rahsia yang membanggakan. Apabila suami mengetahui isterinya menceritakan rahsia mereka kepada orang lain, suami akan mengambil langkah untuk tidak mahu menceritakan apa jua rahsianya kepada isteri.
~Lovey Dovey~
