Wednesday, 30 September 2015

PEMBENTUKAN SIFAT LELAKI

Ahli psikologi telah merangka beberapa panduan untuk menilai diri berdasarkan kedudukan dalam keluarga. Contohnya, anak tunggal akan membawa kesan yang berbeza kepada sikap dan tingkahlakunya seharian.

Personaliti seseorang terbentuk sejak zaman kanak2 dan paling banyak ia terbentuk ialah ketika belum bersekolah.

1. Jika lelaki mempunyai abang

Dia akan meniru sikap abangnya. Dia akan bersifat dengan sifat kelakian dan amat sedikit sifat kewanitaan dalam dirinya seperti tidak mudah takut, nakal, suka bersukan dan mungkin melibatkan diri dalam sukan yang berisiko tinggi serta memilih kerjaya keusahawanan di bidang jualan, pengeluaran atau bank.

2. Jika lelaki yang mempunyai adik lelaki

Dia mempunyai sifat kelakian yang tinggi, agak penakut, setia dan suka menjadi hebat berbanding adiknya. Mereka cenderung untuk bersetuju dengan keputusan yang salah sekiranya keputusan tersebut diberikan oleh orang yang sama status dengannya.

3. Lelaki yang mempunyai kakak

Ada yang berpendapat bahawa lelaki ini mempunyai banyak sifat kewanitaan dan suka bergantung kepada orang lain. Namun kajian yang lain mendapati, ia hanya berlaku ketika mereka masih kanak2. Apabila umurnya menjangkau 18 tahun, dia mula membentuk sifat kelakian yang lebih jelas.

4. Lelaki yang mempunyai adik perempuan

Sifat kelakiannya tinggi. Sifat kelakian ini teguh dalam diri mereka dan ini membuatkan mereka merasa selamat untuk menjalani kehidupan sebagai lelaki.  

Catatan di atas hanyalah berkaitan dengan keadaan jika kita hanya memiliki dua orang adik -beradik atau berkaitan.

~Lovey Dovey~


Saturday, 19 September 2015

Kisah Mendapat Suami Yang Tidak Tampan

Selalunya jika dikaitkan dengan lelaki tidak tampan maka terbayanglah kita seorang lelaki yang mempunyai rupa buruk dan berbadan pendek,

Kisah ini pula, lelaki yang tidak tampan berkahwin dengan seorang wanita yang cantik jelita.

Pada suatu hari, isterinya telah berdandan sehingga menjadi semakin cantik dan menawan di mata suaminya.

Si suaminya terpaku dan merenung lama2 pada isterinya.

Isterinya bertanya, " Ada apa dengan mu sayang?"

Suaminya menjawab, " Demi Allah kamu sangat cantik rupawan"

Isterinya bertanya, " Bergembiralah aku dan kamu akan masuk syurga"

Suaminya bertanya pula, " Dari mana kamu tahu itu?"

Isterinya menjawab, " Kerana kamu dianugerahi isteri cantik seperti aku lalu kamu bersyukur sementara aku diuji dengan suami seperti kamu lalu aku bersabar. Orang yang sabar dan beryukur akan sama2 masuk syurga"

Jadi pentingnya manusia jika ada mempunyai tahap kesabaran yang tinggi serta bersyukur dan redha apa yang ada padanya. Ganjaran yang diperolehi sangat tinggi dan tidak ternilai walaupun tidak kelihatan pada mata yang kasar.

Terdapat sepuluh kebaikan-kebaikan yang akan Allah SWT kurniakan pada hamba-hamba-Nya yang sabar. Perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

1. Di ampunkan dosa untuknya.

2. Allah SWT merasa malu kepadanya semasa di neraca timbangan dan membuka buku catatannya diakhirat.

3. Allah SWT ingin mendengar sendiri ucapan hamba yang diuji-Nya .
(mukmin tersebut sentiasa memuji-muji kebesaran Allah SWT dengan dia bersabar dan tidak mengeluh)

4. Di bebaskan daripada seksaan api neraka.

5. Di berikan kesihatan yang lebih baik daripada sebelumnya.

6. Di berikan ganjaran pahala tanpa batas.

7. Mendapat selawat dan rahmat daripada Allah SWT.

8. Mendapat balasan syurga.

9. Jaminan mendapat pertolongan Allah SWT.

10.Di berikan oleh Allah SWT sifat penyabar.

(Sebarang penerangan boleh dirujuk daripada link ini, https://ms-my.facebook.com/notes/abu-basyer/sepuluh-kebaikan-menanti-orang-mukmin-yang-bersifat-sabar/10150420261106040)

Bersyukur adalah sebuah rasa terima kasih dan penghargaan yang mendalam di atas sebuah pemberian dari yang Maha Kuasa, tidak kira rupa bentuk dan rupa pemberian itu.

(Dirujuk dari http://www.suksestotal.com/kunci-sukses-dahsyat-bersyukur.html)

Daripada petikan Al-Quran Surah Ali Imran: Ayat 144,
Dan Allah SWT akan memberi balasan dan menambah nikmatNya kepada orang2 yang bersyukur.
Daripada petikan Al-Quran Surah Ibrahim: Ayat 7,
Dan ingatlah tatkala Tuhanmu berjanji kepadamu, "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat Ku kepadamu."
Saya selalu menggunakan artikel cerita ini sebagai pemberi semangat untuk lebih bertawakal kepada Allah SWT, setiap perkara yang berlaku haruslah rasa bersabar dan bersyukur kerana setiap perkara pasti ada hikmah disebaliknya. 


 ~Lovey Dovey~