Wednesday, 30 September 2015

PEMBENTUKAN SIFAT LELAKI

Ahli psikologi telah merangka beberapa panduan untuk menilai diri berdasarkan kedudukan dalam keluarga. Contohnya, anak tunggal akan membawa kesan yang berbeza kepada sikap dan tingkahlakunya seharian.

Personaliti seseorang terbentuk sejak zaman kanak2 dan paling banyak ia terbentuk ialah ketika belum bersekolah.

1. Jika lelaki mempunyai abang

Dia akan meniru sikap abangnya. Dia akan bersifat dengan sifat kelakian dan amat sedikit sifat kewanitaan dalam dirinya seperti tidak mudah takut, nakal, suka bersukan dan mungkin melibatkan diri dalam sukan yang berisiko tinggi serta memilih kerjaya keusahawanan di bidang jualan, pengeluaran atau bank.

2. Jika lelaki yang mempunyai adik lelaki

Dia mempunyai sifat kelakian yang tinggi, agak penakut, setia dan suka menjadi hebat berbanding adiknya. Mereka cenderung untuk bersetuju dengan keputusan yang salah sekiranya keputusan tersebut diberikan oleh orang yang sama status dengannya.

3. Lelaki yang mempunyai kakak

Ada yang berpendapat bahawa lelaki ini mempunyai banyak sifat kewanitaan dan suka bergantung kepada orang lain. Namun kajian yang lain mendapati, ia hanya berlaku ketika mereka masih kanak2. Apabila umurnya menjangkau 18 tahun, dia mula membentuk sifat kelakian yang lebih jelas.

4. Lelaki yang mempunyai adik perempuan

Sifat kelakiannya tinggi. Sifat kelakian ini teguh dalam diri mereka dan ini membuatkan mereka merasa selamat untuk menjalani kehidupan sebagai lelaki.  

Catatan di atas hanyalah berkaitan dengan keadaan jika kita hanya memiliki dua orang adik -beradik atau berkaitan.

~Lovey Dovey~


No comments:

Post a Comment